NewsXcess
Berita konsensus untuk Malaysia
Dikemas kini

Berita perniagaan. Laporan yang disahkan dipaparkan di atas laporan satu sumber.

Dikemas kini lebih kurang 9 jam lalu Mula dikesan lebih kurang 13 jam lalu
Disahkan 9 Bilik Berita

Pendaftaran 'online' UNHCR punca lambakan pelarian - Saifuddin Nasution

Imej melalui Malaysiakini

KUALA LUMPUR: Proses pendaftaran dalam talian bagi pelarian oleh Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) dikenal pasti punca lambakan pelarian ke negara ini. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata kebanyakan pelarian memasuki negara ini … Baca di Berita Harian

Dikemas kini lebih kurang 7 jam lalu Mula dikesan lebih kurang 7 jam lalu
Disahkan 3 Bilik Berita

Kerajaan perlu pastikan persaingan adil, lindungi PMKS tempatan – Syed Saddiq

Imej melalui The Edge Malaysia

KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu menggunakan kuasa bagi memastikan persaingan adil bagi melindungi perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) tempatan daripada terus terhimpit dengan platform jualan luar negara yang menawarkan harga lebih rendah sehingga mengancam perniagaan mereka. Ahli Parlimen … Baca di Utusan Malaysia

Dikemas kini lebih kurang 8 jam lalu Mula dikesan lebih kurang 12 jam lalu
Disahkan 5 Bilik Berita

Penggunaan elektrik, air: Kerajaan kaji semula keperluan sebenar pusat data

Imej melalui The Edge Malaysia

KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang mengkaji semula keperluan sebenar pembangunan pusat data bagi memastikan penggunaan elektrik dan air kemudahan itu tidak membebankan pengguna terutama bagi projek yang tidak memberi manfaat mencukupi kepada negara. Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi … Baca di Berita Harian

Dikemas kini lebih kurang 9 jam lalu Mula dikesan lebih kurang 14 jam lalu
Disahkan 6 Bilik Berita

Geng curi kabel di empat negeri tumpas, 14 suspek direman

Imej melalui Sin Chew Daily

SEREMBAN: Tanpa mempedulikan orang awam yang sedang lalu-lalang, sekumpulan lelaki dirakam dengan berani mencuri kabel pada waktu siang berhampiran sebuah sekolah rendah di Kampung Melayu Panchor, di sini. Malah, dalam rakaman yang tular itu, kumpulan terbabit dilihat menggunakan empat kenderaan, … Baca di Berita Harian

Dikemas kini lebih kurang 7 jam lalu Mula dikesan lebih kurang 14 jam lalu
Disahkan 6 Bilik Berita

MOT himpunkan lebih 150 pakar, 60 forum pacu masa depan pengangkutan

Imej melalui Oriental Daily

bhnews@bh.com.my Putrajaya: Lebih 150 penceramah dan 60 sesi forum bakal menghimpunkan pemain industri pengangkutan tempatan serta antarabangsa menerusi Transport Expo Asia (TXA) 2026, di Kuala Lumpur, bermula 20 Oktober ini. Dianjurkan Kementerian Pengangkutan (MOT), acara selama tiga hari di … Baca di Berita Harian

Dikemas kini lebih kurang 8 jam lalu Mula dikesan lebih kurang 16 jam lalu
Disahkan 6 Bilik Berita

Peguam Zii Jia perjelas cerita sebenar

Imej melalui The Vibes

helmi.talkah@bh.com.my Kuala Lumpur: Pemain badminton profesional negara, Lee Zii Jia memohon perintah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi membolehkan Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) LZJ Management Sdn Bhd diadakan susulan kegagalan mesyuarat terdahulu dilaksanakan. Peguamnya, Ahmad Zayd Ahmad Zuber … Baca di Harian Metro

Dikemas kini lebih kurang 6 jam lalu Mula dikesan lebih kurang 9 jam lalu
Disahkan 5 Bilik Berita

PRN Melaka: BN hampir capai kata putus kerjasama dengan rakan tak 'tikam belakang' - Asyraf Wajdi

Imej melalui Oriental Daily

KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki memberi bayangan Barisan Nasional (BN) sudah mempunyai rakan kerjasama bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka. Beliau memaklumkan rundingan mengenainya sudah mencapai 90 peratus persefahaman, namun menegaskan keutamaan … Baca di Berita Harian

Dikemas kini lebih kurang 7 jam lalu Mula dikesan lebih kurang 9 jam lalu
Disahkan 2 Bilik Berita

Kelington raih kontrak RM128 juta bina fasiliti storan data termaju di Sarawak

Imej melalui The Edge Malaysia

PETALING JAYA: Penyedia penyelesaian kejuruteraan bersepadu, Kelington Group Berhad (Kelington) menerusi anak syarikat milik penuhnya, Kelington Technologies Sdn. Bhd. (KTSB) raih kontrak bernilai kira-kira RM128 juta bagi projek fasiliti pembuatan storan data termaju di Kuching, Sarawak. Kontrak … Baca di Utusan Malaysia

Dikemas kini lebih kurang 8 jam lalu Mula dikesan lebih kurang 11 jam lalu
Disahkan 3 Bilik Berita

Jerebu berpanjangan tambah tekanan kepada sektor insurans

Imej melalui The Edge Malaysia

bisnes@hmetro.com.my Kuala Lumpur: Jerebu berpanjangan dijangka menambah tekanan kepada sektor insurans Malaysia yang sudah berdepan peningkatan kos tuntutan perubatan, ketidaktentuan pendapatan pelaburan serta tekanan kos sara hidup. Penganalisis MBSB Research, Samuel Woo berkata, peningkatan kes … Baca di Harian Metro

Dikemas kini lebih kurang 7 jam lalu Mula dikesan lebih kurang 13 jam lalu
Disahkan 3 Bilik Berita

DayOne raih biaya RM15 bilion pacu hab data di Johor

Imej melalui The Edge Malaysia

BENGALURU: Pemaju pusat data berpangkalan di Singapura, DayOne, memperoleh pembiayaan tambahan RM15 bilion (AS$3.67 bilion) daripada konsortium tujuh bank bagi membiayai peluasan operasinya di Malaysia. Konsortium itu merangkumi DBS Group, Standard Chartered, CIMB Group Holdings, Maybank, Crédit … Baca di Berita Harian

Dikemas kini lebih kurang 10 jam lalu Mula dikesan lebih kurang 12 jam lalu
Disahkan 3 Bilik Berita

IMF unjur ekonomi dunia perlahan tahun ini sebelum pulih 2027

Imej melalui Oriental Daily

KUALA LUMPUR: Pertumbuhan global dijangka menurun kepada 3.1 peratus tahun ini berbanding 3.5 peratus pada 2025 sebelum pulih kepada 3.4 peratus menjelang 2027, menurut Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF). IMF melalui Tinjauan Ekonomi Dunia (WEO) Oktober 2026 berkata, ekonomi global bukan bertambah … Baca di Berita Harian

Dikemas kini lebih kurang 9 jam lalu Mula dikesan lebih kurang 10 jam lalu
Disahkan 2 Bilik Berita

IOI Properties nilai penyenaraian sekunder di Singapura

Imej melalui Oriental Daily

KUALA LUMPUR: IOI Properties Group Bhd masih menilai beberapa inisiatif pasaran modal yang berpotensi, termasuk penyenaraian sekunder di Bursa Singapura (SGX). Bagaimanapun, syarikat itu menjelaskan belum ada cadangan rasmi dikemukakan kepada lembaga pengarah untuk dipertimbangkan. IOI Properties … Baca di Berita Harian

Dikemas kini lebih kurang 11 jam lalu Mula dikesan lebih kurang 12 jam lalu
Disahkan 5 Bilik Berita

MyDigital ID tak guna teknologi blok rantai pihak ketiga

Imej melalui The Edge Malaysia

PUTRAJAYA: MyDigital ID tidak dikuasakan mana-mana teknologi blok rantai pihak ketiga, bertentangan dengan laporan baru-baru ini, menurut pengendali platform identiti digital itu. "My Digital ID Sdn Bhd ialah syarikat milik Menteri Kewangan Diperbadankan (MoF Inc) dan ditempatkan di bawah Jabatan … Baca di Free Malaysia Today

Dikemas kini lebih kurang 6 jam lalu Mula dikesan lebih kurang 24 jam lalu
Disahkan 3 Bilik Berita

Belanjawan 2027: Kerajaan yakin belanja RM510 bilion tanpa perkenal cukai baharu

Imej melalui The Edge Malaysia

KUALA LUMPUR: Kerajaan yakin dapat membelanjakan RM510 bilion yang diperuntukkan dalam Belanjawan 2027 tanpa memperkenalkan cukai baharu, kata Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan. Beliau berkata, kerajaan sentiasa menekan aspek tatakelola untuk mengurangkan ketirisan dan pembaziran … Baca di Berita Harian

Dikemas kini lebih kurang 9 jam lalu Mula dikesan 1 hari lalu
Disahkan 4 Bilik Berita

IOIPG REIT sasar ke Pasaran Utama suku keempat 2026

Imej melalui Oriental Daily

PETALING JAYA: IOI Properties Group Berhad (IOIPG) menerusi IOIPG Malaysia Real Estate Investment Trust (IOIPG REIT) menyasarkan penyenaraian di Pasaran Utama Bursa Malaysia pada suku keempat 2026, dengan portfolio awal aset hartanah bernilai kira-kira RM7.66 bilion. Ini susulan pemeteraian … Baca di Utusan Malaysia

Dikemas kini lebih kurang 10 jam lalu Mula dikesan 1 hari lalu
Disahkan 3 Bilik Berita

Pembinaan kilang AT&S di Kedah lonjak kontrak dimenangi IJM kepada RM3 bilion

Imej melalui The Edge Malaysia

KUALA LUMPUR: IJM Corporation Bhd (IJM) memperoleh kontrak baharu bernilai kira-kira RM3 bilion bagi tahun kewangan 2027 setakat ini, bersamaan 50 peratus daripada anggaran perolehan kontrak baharu RM6 bilion. Penganalisis BIMB Securities, Nabil Zainoodin, berkata pencapaian itu didorong … Baca di Berita Harian

Dikemas kini lebih kurang 14 jam lalu Mula dikesan 1 hari lalu
Disahkan 4 Bilik Berita

Industri besi dan keluli paling terkesan akibat lambakan import

Imej melalui The Edge Malaysia

KUALA LUMPUR: Sektor besi dan keluli antara yang paling kerap berdepan tekanan akibat lambakan import barangan perantaraan apabila lapan daripada sembilan langkah anti-lambakan yang sedang berkuat kuasa di Malaysia membabitkan produk sektor berkenaan. Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri … Baca di Berita Harian

Dikemas kini lebih kurang 5 jam lalu Mula dikesan 1 hari lalu
Disahkan 3 Bilik Berita

Bursa Malaysia ditutup tinggi dibantu aktiviti belian saham berharga rendah

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia ditutup tinggi pada Selasa didorong oleh aktiviti belian saham pada harga rendah yang berterusan dalam saham perbankan dan penjagaan kesihatan di tengah-tengah prestasi bercampur-campur dalam ekuiti utama Asia. Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) … Baca di Berita Harian

Dikemas kini lebih kurang 9 jam lalu Mula dikesan 1 hari lalu
Disahkan 4 Bilik Berita

Simpanan minimum RM15,000 kurangkan penolakan tunai haji: Marhamah

Imej melalui The Edge Malaysia

am@hmetro.com.my Seremban: Penetapan syarat simpanan minimum RM15,000 oleh Lembaga Tabung Haji (TH) dapat membantu mengurangkan jumlah pendeposit yang menolak tawaran menunaikan haji pada masa akan datang. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Marhamah Rosli berkata, … Baca di Harian Metro

Dikemas kini lebih kurang 17 jam lalu Mula dikesan 1 hari lalu
Disahkan 4 Bilik Berita

KWSP perkenal zakat perniagaan simpanan syariah

Imej melalui Oriental Daily

PETALING JAYA: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memperkenalkan kemudahan Zakat Perniagaan Simpanan Shariah bagi memudahkan ahli beragama Islam menunaikan kewajipan zakat tahunan melalui potongan terus daripada dividen simpanan syariah. Menerusi kemudahan itu, KWSP akan bertindak sebagai wakil … Baca di Utusan Malaysia

Dikemas kini lebih kurang 16 jam lalu Mula dikesan 1 hari lalu
Disahkan 3 Bilik Berita

Kumpulan BPMB terima mandat lebih RM7 bilion

PETALING JAYA: Kumpulan Bank Pembangunan Malaysia Berhad (Kumpulan BPMB) diberi mandat melaksanakan inisiatif strategik bernilai lebih RM7 bilion merangkumi tujuh sektor keutamaan di bawah Belanjawan 2027, bagi memperkukuh daya saing ekonomi negara serta menyokong pertumbuhan industri berimpak … Baca di Utusan Malaysia

Dikemas kini lebih kurang 16 jam lalu Mula dikesan 1 hari lalu
Disahkan 3 Bilik Berita

Pembangunan perlu beri manfaat kepada rakyat biasa: Akmal Nasrullah

Imej melalui The Edge Malaysia

Kuala Lumpur: Kerajaan perlu mengimbangi kekangan fiskal dengan keperluan untuk meneruskan pembangunan negara dan melindungi kebajikan rakyat, kata Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir. Beliau berkata, Belanjawan 2027 memperuntukkan kira-kira RM83 bilion bagi perbelanjaan pembangunan untuk … Baca di Harian Metro

Dikemas kini lebih kurang 17 jam lalu Mula dikesan 1 hari lalu
Disahkan 4 Bilik Berita

Hubungan Burnham-Manchester City jadi perhatian

Imej melalui The Edge Malaysia

LONDON: Perdana Menteri Britain, Andy Burnham, pernah mengadakan pertemuan dengan Pengerusi Manchester City, Khaldoon Al Mubarak, pada sidang kemuncak pelaburan beberapa tahun lalu ketika beliau menjadi Datuk Bandar Manchester, menurut Pihak Berkuasa Gabungan Greater Manchester. Pendedahan itu … Baca di Berita Harian

Dikemas kini lebih kurang 13 jam lalu Mula dikesan 2 hari lalu
4 Bilik Berita

Firefly batalkan penerbangan Subang-Singapura hingga 14 Oktober akibat jerebu

Imej melalui China Press

SINGAPURA: Firefly melanjutkan pembatalan penerbangan berjadual antara Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang dan Lapangan Terbang Seletar di Singapura hingga 14 Oktober ekoran cuaca dan keadaan jerebu semasa. Syarikat penerbangan tambang murah itu, yang merupakan anak syarikat milik … Baca di Berita Harian

Dikemas kini 1 hari lalu Mula dikesan 1 hari lalu
Disahkan 4 Bilik Berita

Jangan bebankan ‘angsa emas’ negara dengan keputusan politik, kata Hamzah

Imej melalui The Edge Malaysia

KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang Hamzah Zainudin mengingatkan kerajaan tidak membebankan 'angsa emas' negara seperti Petronas, Tenaga Nasional Bhd (TNB) dan Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) dengan keputusan politik. Beliau berkata, institusi strategik itu perlu diberi ruang menjalankan … Baca di Free Malaysia Today

Dikemas kini 1 hari lalu Mula dikesan 1 hari lalu
Disahkan 2 Bilik Berita

iCents raih projek semikonduktor, potensi kontrak RM36.15 juta

Imej melalui The Edge Malaysia

KUALA LUMPUR: iCents Group Holdings Bhd memperoleh projek kemudahan pemprosesan wafer semikonduktor dua peringkat di Selangor dengan potensi nilai kontrak keseluruhan RM36.15 juta, tidak termasuk cukai jualan dan perkhidmatan (SST). Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini, iCents memaklumkan … Baca di Berita Harian

Dikemas kini 1 hari lalu Mula dikesan 1 hari lalu
Disahkan 2 Bilik Berita

Mekanisme subsidi elektrik 2027 masih diteliti - Johan

Imej melalui The Edge Malaysia

KUALA LUMPUR: Kerajaan masih meneliti mekanisme subsidi elektrik bagi 2027 bersama Tenaga Nasional Bhd (TNB) dan Suruhanjaya Tenaga (ST) dengan parameter pelaksanaan serta kaedah pembiayaan masih belum dimuktamadkan. Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Johan Mahmood Merican, berkata mekanisme … Baca di Berita Harian

Dikemas kini 1 hari lalu Mula dikesan 1 hari lalu
Disahkan 10 Bilik Berita

Defisit dagangan RM146 bilion, MITI cari jalan kurangkan bergantung produk China

Imej melalui Kwong Wah

am@hmetro.com.my Kuala Lumpur: Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) akan mengenal pasti produk yang boleh dihasilkan semula oleh syarikat tempatan bagi mengurangkan kebergantungan import dari China yang menyumbang kepada defisit dagangan Malaysia sebanyak RM146 bilion pada 2025. … Baca di Harian Metro

Dikemas kini 1 hari lalu Mula dikesan 1 hari lalu
Disahkan 2 Bilik Berita

MN Holdings dapat kontrak infrastruktur pusat data bernilai RM293.88 juta

Imej melalui The Edge Malaysia

KUALA LUMPUR: Anak syarikat milik penuh MN Holdings Bhd, MN Power Transmission Sdn Bhd memperoleh kontrak bernilai RM293.88 juta membabitkan pembinaan dua stesen pendaratan pengguna (CLS) 275 kilovolt (kV) bagi pembangunan pusat data yang terletak di wilayah tengah Semenanjung Malaysia. Dalam satu … Baca di Berita Harian

Dikemas kini 1 hari lalu Mula dikesan 1 hari lalu
Disahkan 2 Bilik Berita

LAC Med dapat kontrak sedia penyelesaian pengimejan perubatan bernilai sehingga RM20 juta

Imej melalui The Edge Malaysia

KUALA LUMPUR: LAC Med Bhd, melalui anak syarikat milik penuhnya, LAC Medical Supplies Sdn Bhd (LMS), memeterai kontrak selama tujuh tahun bernilai sehingga RM20 juta dengan Health Capitol Specialist Centre Sdn Bhd (HCSC) untuk menyediakan penyelesaian pengimejan perubatan bersepadu. Dalam makluman … Baca di Berita Harian

Dikemas kini 1 hari lalu Mula dikesan 1 hari lalu
Disahkan 2 Bilik Berita

Matrade sasar jualan eksport RM12 bilion menerusi peruntukan RM60 juta

Imej melalui The Edge Malaysia

PETALING JAYA: Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) menyasarkan jualan eksport bernilai RM12 bilion menerusi pelaksanaan 200 aktiviti pembangunan pengeksport dan promosi eksport pada 2027. Sasaran itu disokong peruntukan RM60 juta di bawah Dana Pengukuhan Eksport dan … Baca di Utusan Malaysia

Dikemas kini 1 hari lalu Mula dikesan 1 hari lalu
Disahkan 9 Bilik Berita

Tiada pertemuan AirAsia dengan Kementerian Pengangkutan - Loke

Imej melalui Malaysiakini

Putrajaya: Kementerian Pengangkutan tidak mengadakan sebarang pertemuan dengan AirAsia dalam tempoh dua hingga tiga minggu lepas, selain tiada perjanjian dicapai dengan syarikat penerbangan tambang rendah itu. Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata syarikat penerbangan sememangnya akan … Baca di Harian Metro

Dikemas kini 1 hari lalu Mula dikesan 1 hari lalu
Disahkan 2 Bilik Berita

Agrobank tanggung 50 peratus kos pengajian pekerja lanjut pelajaran ke peringkat Sarjana, PhD

KUALA LUMPUR: Agrobank akan menanggung 50 peratus kos pengajian pekerjanya yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah (PhD) bermula tahun ini. Ia menyambut baik usaha kerajaan untuk memperkasa pembangunan kerjaya penjawat awam dengan menanggung 50 peratus kos … Baca di Berita Harian

Dikemas kini 1 hari lalu Mula dikesan 1 hari lalu
Disahkan 3 Bilik Berita

Belanjawan 2027 bantu pekebun kecil tingkat hasil, kurangkan kos - MPOB

Imej melalui Sin Chew Daily

KUALA LUMPUR: Peningkatan peruntukan penyelenggaraan jalan ladang kepada RM100 juta dan pembiayaan tanam semula sawit sebanyak RM100 juta di bawah Belanjawan MADANI 2027 dijangka membantu pekebun kecil meningkatkan produktiviti serta mengurus kos pengeluaran dengan lebih berkesan. Ketua Pengarah … Baca di Berita Harian

Dikemas kini 1 hari lalu Mula dikesan 1 hari lalu
Disahkan 7 Bilik Berita

Pas KTM Komuter tanpa had RM50 sebulan akan dilaksana seawal Disember ini

Imej melalui Sin Chew Daily

PUTRAJAYA: Kerajaan akan memperkenalkan pas MyKomuter50 pada kadar RM50 sebulan bagi pengguna perkhidmatan KTM Komuter sebagai langkah membantu mengurangkan kos hidup rakyat. Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, pas bulanan itu diperkenalkan khusus buat warganegara Malaysia yang menggunakan … Baca di Utusan Malaysia

Dikemas kini 1 hari lalu Mula dikesan 1 hari lalu
Disahkan 2 Bilik Berita

Stok minyak sawit Malaysia naik 24.54 peratus pada September

Imej melalui The Edge Malaysia

KUALA LUMPUR: Stok keseluruhan minyak sawit Malaysia meningkat sebanyak 691,835 tan atau 24.54 peratus kepada 3.51 juta tan pada September tahun ini berbanding 2.8 juta tan pada bulan sebelumnya, menurut Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB). MPOB memaklumkan, stok minyak sawit mentah (MSM) … Baca di Berita Harian

Dikemas kini 1 hari lalu Mula dikesan 1 hari lalu
Disahkan 6 Bilik Berita

Perkhidmatan TH kembali pulih selepas serangan siber, jamin simpanan pendeposit selamat

Imej melalui The Edge Malaysia

KUALA LUMPUR: Sistem dan perkhidmatan utama Lembaga Tabung Haji (TH) kembali beroperasi selepas pemeriksaan keselamatan menyeluruh, pengukuhan kawalan dan langkah pemulihan sistem dilaksanakan. TH dalam kenyataan, memaklumkan pihaknya kesal atas serangan siber terhadap sistemnya yang menyebabkan … Baca di Berita Harian

Dikemas kini 1 hari lalu Mula dikesan 1 hari lalu
Disahkan 2 Bilik Berita

MAG perkukuh platform MRO, kejuruteraan menerusi tujuh kerjasama strategik 

PETALING JAYA: Malaysia Aviation Group (MAG) memperkukuh keupayaan penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) serta kejuruteraannya menerusi tujuh kerjasama strategik dengan syarikat penerbangan, kejuruteraan, teknologi dan logistik global. Kerjasama itu bertujuan meningkatkan kebolehpercayaan … Baca di Utusan Malaysia

Dikemas kini 1 hari lalu Mula dikesan 1 hari lalu
Disahkan 2 Bilik Berita

Seroja Gardens catat jualan 100 peratus dalam tempoh tiga jam

Imej melalui The Edge Malaysia

PETALING JAYA: Sime Darby Property Berhad mencatat kejayaan apabila fasa pertama pembangunan kediaman Seroja Gardens di Nilai Impian, Negeri Sembilan mencapai kadar jualan 100 peratus dalam tempoh hanya tiga jam selepas dilancarkan bulan lalu. Kesemua 52 unit rumah berkembar setingkat berstatus … Baca di Utusan Malaysia

Dikemas kini 1 hari lalu Mula dikesan 1 hari lalu
Disahkan 2 Bilik Berita

Kinergy menang kontrak pusat data di Port Dickson bernilai RM47.5 juta

Imej melalui The Edge Malaysia

KUALA LUMPUR: Kinergy Advancement Bhd memperoleh kontrak bernilai RM47.5 juta daripada Gamuda Engineering Sdn Bhd bagi pakej elektrikal pembangunan pusat data berskala besar di Port Dickson. Menerusi perjanjian berkenaan, pihaknya akan melaksanakan kerja-kerja kejuruteraan, pembekalan, pemasangan, … Baca di Berita Harian

Dikemas kini 1 hari lalu Mula dikesan 1 hari lalu
Disahkan 2 Bilik Berita

AirAsia runding sokongan kerajaan susulan lonjakan kos bahan api

Imej melalui The Edge Malaysia

HONG KONG: Pengasas bersama AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes, mengadakan pertemuan dengan pegawai Kementerian Kewangan dua minggu lalu bagi membincangkan kemungkinan sokongan kerajaan terhadap syarikat penerbangan tambang rendah terbesar di Asia Tenggara itu, menurut tiga individu yang mengetahui … Baca di Berita Harian

Dikemas kini 1 hari lalu Mula dikesan 1 hari lalu
Disahkan 2 Bilik Berita

Harga besi, simen catat kenaikan pada September - DOSM

PUTRAJAYA: Indeks harga seunit besi meningkat antara 0.1 hingga 5.1 peratus di kebanyakan kawasan di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak bagi tempoh September 2025 hingga September 2026, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM). Dalam satu kenyataan, DOSM berkata kenaikan tertinggi bagi … Baca di Berita Harian

Dikemas kini 1 hari lalu Mula dikesan 3 hari lalu
9 Bilik Berita

Raja Abdullah II cadang perkukuh kerjasama pertahanan Jordan-Malaysia

Imej melalui The Edge Malaysia

Kuala Lumpur: Raja Jordan Raja Abdullah II menyeru supaya kerjasama pertahanan antara Jordan dan Malaysia diperkukuh, termasuk dalam bidang teknologi ketenteraan serta peperangan menggunakan dron dan antidron, ketika kedua-dua negara berusaha menyesuaikan diri dengan cabaran keselamatan yang … Baca di Harian Metro

Liputan Menyumbang (29 artikel)

Dikemas kini lebih kurang 7 jam lalu Mula dikesan 4 hari lalu
9 Bilik Berita

S P Setia sokong lanjut pengecualian duti setem, tingkat akses pemilikan rumah

Imej melalui The Edge Malaysia

bisnes@hmetro.com.my Kuala Lumpur: Belanjawan 2027 dijangka menyokong pertumbuhan sektor hartanah dan pembinaan menerusi langkah memperluas akses pemilikan rumah, merangsang pelaburan hijau serta meningkatkan daya tahan industri. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif S P Setia Bhd, Datuk Zaini … Baca di Harian Metro

Liputan Menyumbang (25 artikel)

Dikemas kini lebih kurang 13 jam lalu Mula dikesan 4 hari lalu
7 Bilik Berita

RM5 bilion 'hidupkan' internet luar bandar

Imej melalui Oriental Daily

Kuala Lumpur: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menyambut baik Belanjawan 2027 yang mencerminkan komitmen berterusan kerajaan dalam memperluas infrastruktur digital, meningkatkan kesalinghubungan serta mempercepat transformasi digital negara demi manfaat rakyat dan pertumbuhan … Baca di Harian Metro

Dikemas kini lebih kurang 7 jam lalu Mula dikesan 5 hari lalu
12 Bilik Berita

Belanjawan 2027 beri kesan positif untuk golongan kelas menengah

Imej melalui China Press

BELANJAWAN 2027 bertemakan 'Menggapai di Langit, Mengakar di Bumi' sekiranya dilihat dari perspektif politikus, ia 'belanjawan pilihan raya'. Namun dari perspektif rakyat, Belanjawan 2027 ini sangat dialu-alukan khususnya daripada golongan kelas menengah (M40). Antara kritikan utama terhadap … Baca di Berita Harian

Liputan Menyumbang (48 artikel)

Dikemas kini 1 hari lalu Mula dikesan 4 hari lalu
13 Bilik Berita

SARA RM100 dua kali bantu ringan beban isi rumah, bantu peniaga FAMA

Imej melalui The Vibes

am@hmetro.com.my Kuala Lumpur: Perluasan penggunaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang diumumkan menerusi Belanjawan 2027 dapat merancakkan ekonomi peniaga kecil dan memberi lebih banyak pilihan kepada masyarakat untuk mendapatkan barangan keperluan harian. Inisiatif kerajaan yang membolehkan rakyat … Baca di Harian Metro

Liputan Menyumbang (26 artikel)

Dikemas kini lebih kurang 9 jam lalu Mula dikesan 5 hari lalu
9 Bilik Berita

Kerajaan digesa perkenal had siling komisen peniaga tidak lebih 20 peratus - SAMENTA

Imej melalui Sin Chew Daily

KUALA LUMPUR: Kerajaan digesa memperkenalkan had siling komisen peniaga pada kadar tidak melebihi 20 peratus, merangkumi segala caj sampingan bagi mengurangkan beban kos perkhidmatan platform digital yang ditanggung pengusaha perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS). Presiden Persatuan … Baca di Berita Harian

Liputan Menyumbang (40 artikel)

Dikemas kini 1 hari lalu Mula dikesan 4 hari lalu
15 Bilik Berita

Belanjawan 2027: Konsolidasi fiskal diteruskan, kos sara hidup rakyat jadi keutamaan – PM

Imej melalui Borneo News

Putrajaya: Kerajaan akan terus memberi tumpuan kepada pengurusan fiskal yang berhemah dalam Belanjawan 2027 supaya dapat mengembalikan hasil kepada rakyat bagi mengurangkan tekanan kos sara hidup, khususnya golongan berpendapatan rendah, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau … Baca di Harian Metro

Liputan Menyumbang (245 artikel)

Dikemas kini lebih kurang 6 jam lalu Mula dikesan 7 hari lalu
14 Bilik Berita

Jerebu: 3 negeri tutup sekolah esok, beberapa PPD di empat negeri turut terbabit

Imej melalui Utusan Malaysia

nurul_husna@mediaprima.com.my Kuala Lumpur: Semua sekolah di Johor, Melaka dan Negeri Sembilan diarahkan tutup esok susulan jerebu. Menteri Pendidikan Datuk Seri Fadhlina Sidek berkata, penutupan itu turut membabitkan sekolah di beberapa Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) di Selangor, Pahang, Sabah … Baca di Harian Metro

Liputan Menyumbang (287 artikel)

Dikemas kini 1 hari lalu Mula dikesan 5 hari lalu
7 Bilik Berita

Lim You mohon maaf kepada penyokong

Imej melalui China Press

KUALA LUMPUR: Rasa kecewa selepas gagal membantu Malayan Tigress Bawah 17 Tahun (B-17) melayakkan diri ke Piala Asia Wanita B-17 2027 mendorong pemain sayap negara, Lim You, menyampaikan permohonan maaf kepada penyokong yang tidak putus-putus memberikan sokongan sepanjang kempen kelayakan. Menerusi … Baca di Berita Harian

Liputan Menyumbang (39 artikel)

Dikemas kini 2 hari lalu Mula dikesan 4 hari lalu
5 Bilik Berita

Insentif cukai percepat AHTV jadi hab automotif generasi baharu - DRB-HICOM

Imej melalui Sin Chew Daily

KUALA LUMPUR: Potongan cukai sehingga RM5 juta bagi vendor automotif Malaysia yang berpindah ke Lembah Berteknologi Tinggi Automotif (AHTV) di Tanjong Malim, Perak akan mempercepat pembangunan hab automotif itu serta mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai destinasi pelaburan automotif serantau, … Baca di Berita Harian

Dikemas kini 1 hari lalu Mula dikesan 9 hari lalu
14 Bilik Berita

Jurang akses kesihatan, perbahasan Belanjawan 2027 antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini

Imej melalui The Edge Malaysia

KUALA LUMPUR: Langkah kerajaan menangani jurang akses kepada doktor, pakar dan kemudahan diagnostik antara hospital di bandar dengan hospital serta klinik kesihatan di luar bandar, ialah antara perkara menjadi tumpuan persidangan Dewan Rakyat, hari ini. Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman … Baca di Berita Harian

Liputan Menyumbang (298 artikel)

Dikemas kini lebih kurang 6 jam lalu Mula dikesan lebih kurang 6 jam lalu
Sumber Tunggal

Sanofi Malaysia  perluas skop hab Kuala Lumpur

PETALING JAYA: Sanofi memperluas skop operasi hab Kuala Lumpur daripada pusat perkhidmatan yang berfokuskan kewangan kepada hab pelbagai fungsi yang menyokong lebih 20 pasaran di Asia Pasifik dan Greater Gulf sepanjang 10 tahun. Hab berkenaan kini merangkumi fungsi Sumber Manusia, Perubatan, … Baca di Utusan Malaysia

Dikemas kini lebih kurang 7 jam lalu Mula dikesan lebih kurang 7 jam lalu
Sumber Tunggal

Hanya 53% organisasi di Malaysia bersedia hadapi ancaman agen AI

PETALING JAYA: Hanya 53 peratus organisasi di Malaysia berkeyakinan tinggi mampu mengesan dan bertindak balas sekiranya agen kecerdasan buatan (AI) yang diguna pakai mengalami insiden pencerobohan keselamatan. Menerusi Laporan Relentless Defense terbaharu yang dikeluarkan Cisco, keupayaan serangan … Baca di Utusan Malaysia

Dikemas kini lebih kurang 10 jam lalu Mula dikesan lebih kurang 13 jam lalu
Sumber Tunggal

Penggubalan Akta E-Dagang kukuhkan kepercayaan pengguna, bantu PKS

PETALING JAYA: Penggubalan Akta E-Dagang baharu yang bakal dibentangkan pada sidang Parlimen akan datang berupaya mengukuhkan standard industri secara konsisten, sekali gus melindungi pengguna dan membantu jenama tempatan bersaing berdasarkan kualiti. Naib Presiden Hal Ehwal Kerajaan dan Dasar Awam … Baca di Utusan Malaysia

Dikemas kini lebih kurang 11 jam lalu Mula dikesan lebih kurang 11 jam lalu
Sumber Tunggal

Tourism Malaysia, Alipay+ bekerjasama percepat transformasi pelancongan digital negara

KUALA LUMPUR: Tourism Malaysia dan Alipay+, gerbang pembayaran dompet digital bersepadu milik Ant International, memeterai memorandum persefahaman (MoU) bagi mempercepat perdagangan rentas sempadan serta memperluas pendigitalan perniagaan dalam sektor pelancongan Malaysia. Kerjasama itu bertujuan … Baca di Utusan Malaysia

Dikemas kini lebih kurang 16 jam lalu Mula dikesan lebih kurang 16 jam lalu
Sumber Tunggal

Sektor pembinaan dijangka berkembang 5.7 peratus pada 2027

PETALING JAYA: Sektor pembinaan Malaysia dijangka berkembang 5.7 peratus pada 2027, disokong pelaksanaan projek infrastruktur utama termasuk Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), sistem Transit Rapid Autonomi Bertingkat (E-ART) di Johor serta beberapa projek penyuraian trafik utama. Menurut CIMB … Baca di Utusan Malaysia

Dikemas kini lebih kurang 18 jam lalu Mula dikesan lebih kurang 18 jam lalu
Sumber Tunggal

Belanjawan 2027 suntik sentimen positif Bursa Malaysia

PETALING JAYA: Belanjawan 2027 menyuntik sentimen positif ke dalam pasaran saham tempatan susulan komitmen kerajaan untuk meneruskan konsolidasi fiskal, di samping membantu meringankan beban kos sara hidup rakyat dan operasi perniagaan. Langkah kerajaan mengurangkan defisit fiskal kepada 3.3 … Baca di Utusan Malaysia

Dikemas kini lebih kurang 13 jam lalu Mula dikesan 2 hari lalu
Sumber Tunggal

Sabah terima 780 lembu pedaging dari Australia

KOTA KINABALU: Sabah menerima 780 ekor lembu pedaging dari Darwin, Australia, bagi meningkatkan produktiviti ternakan dan pendapatan penternak menerusi program integrasi ternakan dengan ladang kelapa sawit. Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan, Datuk Jamawi Jaafar berkata, daripada … Baca di Jesselton Times

Dikemas kini 1 hari lalu Mula dikesan 1 hari lalu
Sumber Tunggal

Usahawan tempatan raih RM216.94j potensi transaksi di Fruit Attraction 2026, Madrid

PETALING JAYA: Axis Commerce menghubungkan sektor pertanian dan makanan Malaysia dengan peluang pasaran, teknologi serta pelaburan antarabangsa apabila mencatat potensi transaksi berjumlah RM216.94 juta pada Fruit Attraction 2026, di Madrid, Sepanyol. Potensi transaksi dicapai menerusi pertukaran … Baca di Utusan Malaysia

Dikemas kini 1 hari lalu Mula dikesan 1 hari lalu
Sumber Tunggal

Perbankan, utiliti kekal terajui Bursa Malaysia

PETALING JAYA: Sektor perkhid­matan kewangan dan utiliti dijangka terus menjadi pilihan utama dan tunjang pasaran di Bursa Malaysia pada minggu ini, biarpun FTSE KLCI Bursa Malaysia (FBM KLCI) berdepan ketidaktentuan ekoran tekanan geopolitik global dan jualan berterusan pelabur asing. Kedua-dua … Baca di Utusan Malaysia

Dikemas kini 1 hari lalu Mula dikesan 1 hari lalu
Sumber Tunggal

Harga telur dijangka terus naik berikutan gangguan cuaca

PETALING JAYA: Harga telur di Malaysia dijangka terus meningkat dalam tempoh tiga hingga enam bulan akan datang berikutan kekangan bekalan, gangguan cuaca serta penutupan beberapa ladang ternakan, menurut Hong Leong Investment Bank Bhd. (HLIB). Bank pelaburan berkata, pasaran telur tempatan kini … Baca di Utusan Malaysia

Dikemas kini 1 hari lalu Mula dikesan 1 hari lalu
Sumber Tunggal

Top Glove catat pemulihan untung melebihi jangkaan

PETALING JAYA: Prestasi kewangan suku keempat Top Glove Corporation Bhd. (Top Glove) diunjur kekal mengatasi jangkaan pasaran selepas mencatatkan keuntungan bersih teras sebanyak RM141.4 juta bagi suku keempat tahun kewangan 2026. Penganalisis CGS International (CGSI), William Chen Weng berkata, … Baca di Utusan Malaysia

Dikemas kini 1 hari lalu Mula dikesan 1 hari lalu
Sumber Tunggal

Daripada suri rumah kepada pengasas dendeng daging

BERMULA dengan menyediakan hidangan untuk rakan-rakan, siapa sangka seorang suri rumah, Mariam Harun, 64, kini bergelar pengarah dan pengasas perusahaan produk makanan sedia dimakan (RTE) berasaskan dendeng daging. Mariam yang mengusahakan perniagaan Mariyda Shop Sdn. Bhd. menggunakan jenama … Baca di Utusan Malaysia

Dikemas kini 1 hari lalu Mula dikesan 1 hari lalu
Sumber Tunggal

E&O perkukuh segmen premium menerusi komuniti

Mukadimah PASARAN hartanah premium Malaysia kekal berdaya tahan meskipun berdepan ketidaktentuan ekonomi dan kos pembangunan yang meningkat, namun corak pembelian kini semakin tertumpu kepada nilai jangka panjang, kebolehdiaman dan kekuatan ekosistem sesebuah kawasan. Bagi Eastern & Oriental Berhad … Baca di Utusan Malaysia

Dikemas kini 1 hari lalu Mula dikesan 1 hari lalu
Sumber Tunggal

AP.Square, perkukuh potensi komersial Puncak Alam

LBS Bina Group Berhad (LBS) memperkenalkan AP.Square, pembangunan komersial baharu di Bandar Puncak Alam yang disasarkan bagi memenuhi permintaan perniagaan dan komuniti setempat yang semakin berkembang. Pembangunan berkenaan terletak di atas tapak seluas 3.1 hektar menghadap Jalan Bukit Cerakah, … Baca di Utusan Malaysia

Dikemas kini 1 hari lalu Mula dikesan 1 hari lalu
Sumber Tunggal

Perkara perlu disemak pemilik hartanah strata 

MENERIMA kunci rumah baharu merupakan satu berita gembira bagi setiap pembeli, setelah melalui proses jual beli serta menunggu rumah itu bagi pemilik rumah yang baharu dibangunkan. Namun pemilik hartanah strata seperti kondominium, apartmen dan pangsapuri perlu mengambil beberapa langkah susulan … Baca di Utusan Malaysia

Dikemas kini 2 hari lalu Mula dikesan 2 hari lalu
Sumber Tunggal

Beli secara lelong tanpa melihat rumah, risiko atau ganjaran?

Bayangkan anda membeli sebuah rumah tanpa pernah melihat bahagian dalamnya. Tiada peluang untuk melihat keadaan lantai, dinding, bilik air atau dapur secara dekat. Namun, anda tetap membuat bidaan dan akhirnya berjaya memiliki rumah itu. Bagi sesetengah orang, situasi ini kedengaran agak … Baca di Berita Harian

Tiada lagi berita untuk dimuatkan